Mereka yang minat dengan aktiviti mendaki, pasti akan teruja dengan pendakian ke Gunung Stong. Jangan lepaskan peluang untuk menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. Sekiranya anda baru pertama kali mencuba untuk mendaki, jangan risau dengan jalan yang akan dilalui kerana gunung ini mempunyai jalan yang dilengkapi dengan papan tanda, kawasan yang mempunyai tali bagi memastikan anda tidak tersesat serta pemandangan yang sememangnya cantik.

Selain itu, semasa anda mendaki di gunung ini, anda akan melihat chalet lama yang cantik untuk dijadikan tempat berselfie. Di dalam gunung ini juga, dikatakan terdapat beberapa gajah, harimau, rusa dan tapir yang masih berkeliaran. Terdapat lebih 130 spesies burung dan pelbagai jenis tumbuhan yang pastinya dapat menarik minat anda yang menyukai alam semulajadi.