Rahmat Kontena Homestay

Teringin untuk menginap di penginapan yang berkonsepkan modern & santai? Pastinya mereka yang mencari-cari penginapan seperti ini akan teruja untuk menginap di Homestay Kontena Rahmat. Homestay ini di dirikan menggunakan badan kontena dan mempunyai 2 tingkat. Pemandangan suasana kampung sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.

Selanjutnya

Tempat yang Menarik

Terdapat pelbagai tempat menarik disekitar Rahmat Kontena homestay. Antara tempat yang menariknya adalah Dabong, Bukit Bunga dan Jeli. Sekiranya anda mencari tempat percutian di Kelantan yang jauh dari kawasan bandar, anda boleh datang ke sini. Mereka yang datang ke sini kebiasaannya mempunyai minat dengan melakukan aktiviti lasak.
Dabong terkenal dengan keindahan alam semulajadi dimana anda bebas melakukan pelbagai aktiviti yang anda mahukan di sini. Selain itu, Bukit Bunga turut menjadi tumpuan para pelancong sama ada luar mahupun dalam negeri kerana disini banyak barangan dari Negara Thai dibawa masuk dan diniagakan disini dengan harga yang berpatutan. Di Bukit Bunga dimana korang boleh membeli belah pelbagai jenis barangan contohnya buah buahan, pakaian, jajan, permainan kanak kanak, beras dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke sini!