Antara daya tarikan yang terdapat di Taman Hutan Negeri Stong ini ialah air terjun Jelawang yang cantik. Ianya terletak berdekatan dengan Kampung Jelawang, dabong dalam daerah Kuala Krai.
Untuk pengetahuan korang, air terjun Jelawang ini merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 305 meter tingginya. Nak lebih mencabar, korang boleh cuba mendaki. Terdapat tiga puncak utama yang boleh dilawati iaitu puncak Gunung Stong, Baha dan Ayam.

