Gua keris mendapat nama “keris” berikutan terdapat batu yang berbentuk seperti keris yang sangat unik. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat menikmati panorama unik dan mahal di Gua Keris yang dikenali sebagai ‘God Light’ yang sebenarnya turut menjadi kegilaan ‘Mat Saleh’ jika ke sana. Selain itu, pengunjung juga boleh menerokai tiga gua di Kampung Jelawang, Dabong iaitu Gua Ikan, Gua Pagar dan Gua Keris. Menurut sejarah, Gua Ikan ketika 150 juta tahun dulu adalah laut dan buktinya dapat dilihat di dalam Gua Pagar apabila terdapatnya tinggalan rumpai laut yang sudah menjadi fosil.

Ketika mengunjungi Gua Pagar sebelum menuju ke Gua Keris, terdapat juga beberapa lokasi menarik untuk merakam gambar di lokasi itu kerana formasi stalagmit dan stalaktit unik serta lapisan batu bersinar.